Dalam perjalanan kami ke syurga, kami tersesat di sebuah persimpangan, ada sebuah mahligai yang bergermelapan mengalir air madu dicelah taman dihiasi permata biru, kami khayal selalu!
Dalam perjalanan kami ke syurga, kami hanyut dibuai suara merdu, mendayu membuat kami kamaruk memburu kata-kata palsu, semudah itu?
Dalam perjalanan kami ke syurga, kami ketagih berhibur mengadai melanggar batas maruah menurut hawa nafsu tanpa segan silu, lupakah sapa kamu?
Dalam perjalanan kami ke syurga, kami terpaut tertipu oleh rupa palsu mengumpan kalbu yang terkulai layu membuat kami terpaku, walaupun kami tahu semuanya tipu?
Hancur harapanku, punah segala pelaburanku, sia-sia semua kata-kata hikmah ku, berkecai semua kasih sayangku yang selama ini ku pangku demi keluarga sanak saudaraku, demi Allah yang Satu. Namun, kata-kata Allah Rabbul Jalil - “jangan kamu sangka kamu sudah beriman, sedangkan kamu belum di uji? “ – memujuk hati sanubari ku yang layu. “sedangkan Nabi mangampunkan ummah”, kata-kata hikmah menyinari kalbuku. Terima kasih Allah kerana menjinakkan hati dan memulihkan pemikiran ku dengan sinar iman dan nur ilmu. Aku terharu, aku pilu, aku silu, aku terkedu dengan apa yang berlaku, namun, aku percaya masih ada sinar menyinari hidupku dari Allah Yang Satu.

0 comments:
Post a Comment