"Di Situ Bumi Di Pijak Di Situlah Langit di Junjung" itulah ungkapan yang kami sentiasa pegang dimana kami berada. Eidul Fitri 2007, alhamdullillah, kami sekeluarga sempat membuat 'rumah terbuka' untuk pelajar-pelajar Malaysia yang belajar dalam jurusan kedoktoran di Universiti Perubatan Iskandariah atau "Alexandria Medical University". Aton, Zainal, Ifa, Zul, Zana, Muaz, Din, Amirah, Saadah, Pie menjadi tetamu istimewa kami. Kehadiran mereka pastinya menjadi penghibur, mengubat rindu kami pada keluarga yang jauh dimata, tapi dekat di hati. Inilah dikatakan pengorbanan! Pengorbanan dari segi saikologi apabila tidak dapat bersama saudara-mara, rakan taulan dan keluarga tercinta. Hakikatnya, kita tidak akan mampu atau memiliki segala-galanya. Allah swt hanya menyediakan 1% nikmat untuk kita menjalankan kehidupan kita yang fana ini. 99% lagi akan kita nikmati di akhirat yang kekal abadi. Atas maksud itulah, kita perlu membuat persediaan yang rapi dengan bekerja keras melaksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad saw dan hamba kepada Allah Azza Wa Jala. Samada kita bergelar pelajar, tukang masak, pegawai, jurutera, akauntan, pilot, doktor, penyapu sampah, pegawai kerajaan dan sebagainya, kita wajib menjalankan tugasan kita dengan sebaik yang mungkin dengan jujur dan amanah. Ini juga merupakan ibadah selain daripada melaksanakan ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa dan lain-lain kerana Allah swt.
Selain daripada dia orang, ada beberapa pelajar Malaysia yang belajar di universiti Islam yang tertua di dunia, Universiti Al Azhar, Mesir, kami jemput untuk menyerikan suasana Eid 2007. Merekalah adik, merekalah saudara, merekalah kawan, merekalah keluarga di bumi para anbiya' ini.
0 comments:
Post a Comment