Iftar at the King Farouk Palace, Montazah

|


Amidst the conditioned weather by the Mediterranean breeze, under the open crystal clear sky brighten up by the glittering stars and witnessed by the nostalgic Palace of the last king of Egypt – King Farouk, alhamdullillah, we had our iftar served by the friendly crew of Helnan Montazah with the local but exclusive Egyptian cuisine.
Iftar or breaking fast is one of the most awaited moments during Ramadhan especially for those who are fasting and it is said to be a gift given by Allah swt. It is advisable and sunnah (action verbally or physical or mentally following the one by the khatamal Nabiin Rasullullah saw) to start the iftar with dates – balaah or rotab or tamar and/or something sweet.
In Malaysia, we perform our Maghrib prayer together, than we continue with slightly heavy dinner. However, here in ELNG, the Iftar was a little bit elaborated with children games, cultural performances, clowns show and lucky draws. Honestly, sad to mention, the true spirit of Iftar which is considered an Ibadah and the holy month of Ramadhan in general had been diluted and smeared by these kinds of program.
This was our 2nd Ramadhan in Egypt - the land of the Anbiya'. Alhamdullillah, we, all seven of us managed to overcome this so called big examination of all Muslims with less hustles. We hope and prayed may Allah Rabbul Alamin accept our humble deeds and give us His Blessings.

In Our Opinion : The Road To Lailatul Qadar

|

Kita kebiasaannya bercakap, bercerita dan mendengar cerita tentang ‘lailatul Qadar’ atau malam el Qadar pada bulan Ramadhan, malah pertengahan Ramadhan. Pada ruangan ini saya bukannya nak bercerita pasal apa dia malam el Qadar. Lagipun, saya sendiri tidak mempunyai ilmu yang mendalam dan tidak ada ‘tauliah’ untuk memperjelaskan Agama Islam yang murni ini dengan lebih terperinci. Tidak ada ‘tauliah’ – satu persoalan untuk kita fikir-fikirkan? Adakah kita perlu ‘tauliah’ untuk bercakap mengenai keindahan agama Islam yang kita anuti? Rasullullah saw pernah bersabda semasa baginda wukuf di Arafah ketika menunaikan Hajjatul Wida’: “ sampaikanlah walau pun sepotong ayat”. Pada pandangan saya, ini adalah ‘tauliah’ malah amanah atau sunnah yang perlu kita pikul dan amalkan.
Anda semua sudah sedia maklum tentang kelebihan dan kemuliaan malam AlQadar ini. Apa yang hendak saya kupaskan ialah bagaimana sikap dan perhatian kita terhadap malam yang lebih baik dari sebulan tersebut. Bagi saya, malam tersebut merupakan bonus yang dihadiahkan oleh Allah Rabbul Jalil kepada sesiapa yang layak.
Adakah kita termasuk dari golongan orang-orang yang layak? Kalau tidak, kenapa? Tidakkah kita mempunyai cita2 atau niat untuk menikmati malam tersebut? Kalau Ya, sudah kah kita mempersiapkan diri kita atau membuat persedian yang lengkap ikhlas semata-mata kerana Allah Azza Wajala?
Sebutir intan yang bermutu tinggi dan mempunyai nilai yang tidak terhingga akan dikawal ketat dan disimpan didalam bekas yang kukuh jauh daripada pengetahuan manusia lain, tidak akan diperolehi dengan tidak berusaha bersungguh-sungguh dari semua aspek, iaitu fizikal, mental dan spiritual. Begitu juga dengan kereta mewah, villa, pangkat-darjat, makanan, baju-seluar dan lain-lain. Semua kebendaan di dunia yang fana tidak akan datang melutut dan dengan sekelip mata tanpa usaha yang gigih, konsisten dan komitmen yang tinggi. Malah, sesuap nasi, tidak akan diperolehi tanpa usaha petani, penjual dan tukang masak!
Dari segi sukan misalannya, iaitu sukan yang bertaraf antarabangsa seperti Olimpik diadakan 4 tahun sekali dengan tujuan untuk memberi peluang kepada setiap perserta membuat persediaan rapi untuk layak ke peringkat akhir. Bayangkan, seorang pelari pecut 100 meter terpaksa bekerja keras untuk membina mental, fizikal dan sikap selama 4 tahun hanya untuk berlari selama 10 saat bagi mencapai sebutir pingat emas yang hanya bernilai RM 1000?
Kita sedia maklum, Syed Mokhtar Al Bukhari seorang peniaga yang berjaya terpaksa mengharungi hidup yang sukar, menjaga kambing lembu, dll, sebelum digelar Billionaire.
Sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw, hidup dalam kesengseraan dari semua sudut, berkorban pagi petang dengan harta, maruah dan masa sebelum mendapat gelaran Radiuallah Hu ‘An – iaitu Allah redha dengan mereka.Junjungan besar Nabi Muhammad saw, habibullah – kekasih Allah swt – hidup dengan penuh derita; di baling dengan batu dan najis; berlapar; dihina dan diboikot; dihalau dan jelik semata-mata untuk membawa manusia kerah kebenaran dan mencapai tahap keimanan yang tinggi sebagai bekalan di hari Akhirat.
Malam Al-Qadar perlu di cari semasa 10 terakhir Ramadhan. Untuk itu, kita perlu mempunyai fizikal, mental dan spiritual yang tinggi semata-mata kerana Allah swt. Dan, semua ini perlu di usahakan paling kurang setahun sebelum Ramadhan atau sebelum 10 malam terakhir Ramadhan.
Secara ringkasnya, untuk melayakkan diri kita dalam senarai Muslimin yang dianugerahkan ‘bonus’ malam Al Qadar, kita perlu memiliki Iman yang hakiki iaitu dengan kerja-kerja agama, memperbanyakkan ibadah-ibadah khusus secara istiqamah, berkasih-sayang sesama Muslim yang lain dan berdoa serta mengharap hanya kepada Allah Rabbul Jalil. Kejayaan hakiki umat Islam bergantung sejauh mana kita taat kepada perintah Allah swt secara bagind Rasullullah saw, iaitu Iman yang tinggi.
Kita juga perlu memperdalamkan Ilmu agama kita dengan ikhlas dan istiqamah. Orang yang berilmu jauh lebih tinggi dari orang yang beramal tanpa ilmu yang hakiki.
Selain daripada itu, kita perlu menjaga sunnah-sunnah Rasullullah saw dalam kehidupan seharian dimana juga kita berada. Untuk stamina berjaga malam sambil beribadah, kita juga digalakkan menjaga fizikal – kesihatan kita dengan beriadah dan menjaga makanan sebagai sumber tenaga. Allah Hu 'Alam