Our First Eidul Adha in Egypt

|

We ‘celebrated’ the Eidul Adha 1427 Hijr or December 2006 at Damietta and Port Said, Egypt. After the Eid Prayer, we departed Kafr Abdou at about 09:30 am. We reached Damietta which is one of the LNG districts of Egypt, at about 11:15 am. Damietta though is very isolated from other civilization which make him less attractive by investors and the Egyptians itself. The journey was an educative experience for all of us…as one of the famous Malay proverbs says: the further you travel, the more experiences you will gain and earn.
Alhamdullillah Salamah, we arrived at Port Sid town about 12:30 pm. We went straight to the Port area which situated at the mouth of the popular Suez Canal, which is the major source of income for Egypt. After spending about 2 hours along the Corniche exploring the history of the Suez canal which has nasty nickname – Marlborough Suez, we pampered our hungriness with Pizza & KFC, the only few restaurants that opened during the Eid. Most of the shops were closed. Port Said is small but well organized and planed town. It has beautiful mosques, buildings and people.

In Our Opinion : Tips about Dahiya - Sacrifice

|

ULAMA ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh Allah. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima oleh Allah. Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba') sunnah Nabi SAW.
Firman Allah SWT: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2).
Menurut Fudhail bin 'Iyaadh r.h: "Maksud amalan yang lebih baik ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin 'Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail bin 'Iyaadh: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunnah". - Dinukil daripada kitab al-Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qalam, Jakarta 2002, jilid 2, ms. 258.
Betapa ramai umat Islam di seluruh pelosok dunia yang mengerjakan suatu amalan yang dianggap baik serta ikhlas kerana Allah. Namun, realitinya ia tidak menepati sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah- sunnah Nabi seperti berikut:
Waktu pelaksanaan ibadah korban
Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW: "Seluruh hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan". (riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, no: 16151).
Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan
Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.
Sabda Rasulullah SAW: "Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)". (riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 2420).
Tidak menggunting rambut dan memotong kuku
Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.
Sabda Nabi SAW: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1977).
Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.
Menurut Imam al-Nawawi r.a: "Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain". (Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Dinukil dari kitab Ahkaam al-'Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh 'Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98).
Bagi mereka yang sengaja atau tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).
Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian
Jabir r.a berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk tujuh orang dan menyembelih lembu untuk tujuh orang bersama-bersama Rasulullah SAW. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1318).
Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya
Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.
Atha' bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah lalu Abu Ayyub menjawab: "Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain". (riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 1425).
Ibadah korban dilaksanakan di musolla
Menurut sunnah Nabi SAW solat sunat Aidiladha mahupun Aidilfitri dilaksanakan di musolla, tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin.
Dalil disunnahkan solat sunat hari raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a, dia berkata: Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah keluar menuju musolla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat hari raya. (riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 956).
Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban
Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korban dengan tangannya sendiri.
Anas r.a berkata: Nabi pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 5565).
Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.
Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah
Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta.
Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca Bismillahir Rahmanir Rahim. Anas r.a berkata: Nabi SAW pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama Allah dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung kedua-duanya. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 5565).
Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Darah dari anggota badan haiwan korban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapahnya.
Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan
Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan menyedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut. Sabda Nabi SAW: Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu). (riwayat al-Muslim di dalam Sahihnya, no: 1971).
Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban
Menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah.
Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.
Ali r.a berkata: Nabi SAW pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1317).

The Wedding of The Year Photos

|


Yayasan Yusof's Wedding of the Year

|

The Wedding of the Year, the most auspicious event that will be cherished by Kak Hjh Rahmah and Bg Rosli, the marriage of their twins – Siti Fauziah and Muhammad Fauzi aka Pojot and Poji with Burn and Wie respectively. Congratulations! May Allah swt give His Rahmah and Baraqah to the Twins couples and blessed marriage that will last till end of time. To both, even though we were not physically with you all but, our prayers, mind and soul are always with you.

Congratulations also to Kak Hjh Rahmah and Bg Hj Rosli. All the sleepless night and months of preparation were finally paid off by the smooth and successful ceremony. The turn-out were great; the food were superb and the weather was very supportive, Alhamdullillah.
Not to mention the Yayasan Yusuf fraternity, in one way or another had made the ceremony more glamorous with their hospitality, ideas and hands in line with the theme color – Golden Wedding. As for us, we could only witness the memorable event with our hearts.

In Our Opinion: after 37 days in Alexandria

|

Genap hari tok, dah 37 hari kamek sekeluarga berada di bumi Mesir (bak kata Norlen) bumi para Nabi2. Dan, pada masa yang sama ditanah yang mana Qarun dimusnah oleh Allah swt, Firaun Ramsis II di tengelamkan dan di hina oleh Allah RabbulJalil dan banyak lagi cerita mengenai kesombongan, keangkuhan dan tamak haloba manusia dicatat untuk jadi pengajaran kita masa tok. Sebabyalah kita sik heran kenapa di bumi Mesir tok Allah swt mengutus sekurang2nya 4 Rasul dengan 3 kitab dan lebih dari 5 para Nabi untuk membimbing manusia yang sik pernah jerak dan degil! … hidup dengan bertuhankan harta dan kuasa!! Bak kata Masom, “jangan kita dilalaikan oleh harta…..kelak kita dimusnah oleh harta….” Kehidupan sik dapat di quantify atau di equate mathematically.. apa yang kita mesti carik ialah Keredhaan dan Keberkatan dari Allah swt dan berusaha untuk mempertingkatkan Iman (kelaklah tokay Jojo mengupas bab tok) kita dari masa ke semasa.
Kadang2 terlintas juak dalam fikiran kenapa perlu bekerja disitok where there are a lot things that I can do and need to be done back home?! Bukan senang bekerja dengan cdak arab tok, I think it is much easier berurusan dengan unta! On other aspect, kadang2 rasa terlalu berutang budi dengan orang – PETRONAS! So, jadi serbasalah!! Yalah…kadang2 terfikir nak pencen awal nulong adik-kakak or paling kurang pun nulong Poji jual roti or nulong Erol jual mee sapi lagi bagus !!………….Rezeki, ajal maut diTangan Allah swt. Kalau diikutkan perasaan, memang sik mauk nak pergi ctok tapi dah ngenang rezeki nemiak dan ‘hadiah’untuk Nana.. and definitely dengan izin Allah swt, alhamdullillah! Hopefully Allah swt sentiasa membetulkan niat kamek orang dan mempermudahkan urusan kamek orang dictok.
Masa tok masih gago nak ngencarik strategi dan cara untuk ‘berjuang’di ELNG. Kilang pun baruk masuk Operation phase, thus everything is still in a mess!Well…..di Mana bumi di pijak di sialah langit di junjung!
Bercerita pasal Mesir tok, ramei orang luar datang disitok kerana nak meliat pyramid – kubur-kubur manusia / raja (firaun) dan keluarga cdaknya. Malah ada setengah orang madah pyramid ialah tempat permujaan orang dolok! Sedih juak nengarlah! Sebab, kurang cerita atau kesan sejarah mengenai kebesaran Allah swt dan kemuliaan para Rasul Allah macam Nabi Yusuf as, Nabi Musa as, Nabi Harun as, Nabi Yakub as dan para Nabi2 dan anbiya’yang lain di cerita, diketengah dan masyhurkan di citok. Manusia mudah ditipu oleh kebendaan sampei sik nampak kebesaran Allah swt sebenar. Just imagine, maqam saidina Hussein pun makei cdak berkelahi?! Manusia in general, menilai kejayaan dalam bentuk kebendaan. Tapi, para sahabat mendapat kejayaan bukan setakat didunia malah diakhirat dan tingkatan iman sidaknya (manusia biasa macam kita tok) makin meningkat dari hari ke hari. Kita pernah nengar cerita, Nabi Musa as pernah berjalan didasar laut merah apabila Allah swt membelah laut merah menjadi 12 lorong untuk menyelemat Nabi Musa as dan pengikutnya dan menengelamkan Firaun Ramsis II. Dan, dizaman nabi, sahabat Nabi Muhammad saw, Saad Ibn Waqas dengan 2 rakaat solatul hajat dapat berjalan diatas air!! SubhanaAllah.
Walaumacamneipun, orang disitok bait2 dan kacak2 (bait lelaki atau perempuan). Crime rate pun rendah!
37 hari disitok, frankly speaking masih rindu juak dengan nasi lemak, keropok lekor dan nasi air Ganu ! CHOTE – semua kamek orang rindu dengan nya ! Bak kata Zailan, dah jauh baru berasa. Bak kata pepatah: tempat gugok lagik dikenang apatah lagik tempat bermanjak! Dah jauh macam tok, teringat peribahasa; hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, bagus lagik dinegeri sendiri. Genei nak molah, segala gerak geri kita dah diatur oleh Maha Pencipta, kita Cuma manusia yang lemah dan hamba padaNya.
Kita Cuma merancang, berusaha dan berharap pada Allah swt, dan segala keputusan di Tangan Allah Rabbul Jalil.
Dizaman junjungan besar kita Nabi Muhamad saw, salah seorang sahabatnya Ayub El Ansari mati-mati nak diam dengan Nabi, tapi Nabi Muhammad saw ngutus nya pergi Istanbul! Dengan izin Allah swt nya ninggal di Istanbul.
37 hari disitok, dah 37 tahun umur Nana dan 12 hari lagik, InsyaAllah Muhammad Fauzi dan Siti Fauziah akan menjadi suami dan isteri! Dan sik lamak lagik Mok Mah dan Mok Li cdaknya akan menimang cucu tahun depan. Semoga mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah swt dan menjadi isteri dan suami yang soleh dan solehah. Seterusnya, melahirkan generasi Nek Daok dan Nek Bol cdaknya yang ’bercahaya’ dan menjadi insan yang berguna disisi Allah swt.
Biarlah majlis ya kelak sesuai dengan temanya – emas - menjadi majlis yang bernilai diredhai Allah Rabbul Jalil, menjadi inspirasi pada masyarakat kita untuk lebih berusaha kearah kehidupan akhirat dan disertai para malaikat.
Walaupun Nek Bol, Nek Minah dan Nek Dawok cdak nya sik ada lagi didunia tok, tapi I believed that they will ‘watch’ the auspicious occasion from ‘far’. Macam ya juak kamek orang disitok (masa naip frasa tok, Usu Na cdaknya tengah teresak-resak nangis……!!), walaupun jauh dimata, tapi insyaAllah kamek akan meliat dengan hati dan sentiasa berdoa semoga semua kita sihat sejahtera dan sentiasa dalam keredhaan Allah swt. Mungkin sakit nak merik alasan : visa – work permit matters; sik ada lagik cuti; nemiak sekolah (kerana dah di’sponsor’ oleh PETRONAS), flight availabilities, etc. tapi hakikatnya, agak sukar untuk kamek orang balit untuk secara fizikal bersama kitak orang semua pada 17.12.2006.Yalah kehidupan – penuh dengan ujian – untuk orang yang faham dan beriman.