Adakah kita termasuk dari golongan orang-orang yang layak? Kalau tidak, kenapa? Tidakkah kita mempunyai cita2 atau niat untuk menikmati malam tersebut? Kalau Ya, sudah kah kita mempersiapkan diri kita atau membuat persedian yang lengkap ikhlas semata-mata kerana Allah Azza Wajala?
Dari segi sukan misalannya, iaitu sukan yang bertaraf antarabangsa seperti Olimpik diadakan 4 tahun sekali dengan tujuan untuk memberi peluang kepada setiap perserta membuat persediaan rapi untuk layak ke peringkat akhir. Bayangkan, seorang pelari pecut 100 meter terpaksa bekerja keras untuk membina mental, fizikal dan sikap selama 4 tahun hanya untuk berlari selama 10 saat bagi mencapai sebutir pingat emas yang hanya bernilai RM 1000?
Kita sedia maklum, Syed Mokhtar Al Bukhari seorang peniaga yang berjaya terpaksa mengharungi hidup yang sukar, menjaga kambing lembu, dll, sebelum digelar Billionaire.
Sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw, hidup dalam kesengseraan dari semua sudut, berkorban pagi petang dengan harta, maruah dan masa sebelum mendapat gelaran Radiuallah Hu ‘An – iaitu Allah redha dengan mereka.Junjungan besar Nabi Muhammad saw, habibullah – kekasih Allah swt – hidup dengan penuh derita; di baling dengan batu dan najis; berlapar; dihina dan diboikot; dihalau dan jelik semata-mata untuk membawa manusia kerah kebenaran dan mencapai tahap keimanan yang tinggi sebagai bekalan di hari Akhirat.
Secara ringkasnya, untuk melayakkan diri kita dalam senarai Muslimin yang dianugerahkan ‘bonus’ malam Al Qadar, kita perlu memiliki Iman yang hakiki iaitu dengan kerja-kerja agama, memperbanyakkan ibadah-ibadah khusus secara istiqamah, berkasih-sayang sesama Muslim yang lain dan berdoa serta mengharap hanya kepada Allah Rabbul Jalil. Kejayaan hakiki umat Islam bergantung sejauh mana kita taat kepada perintah Allah swt secara bagind Rasullullah saw, iaitu Iman yang tinggi.
Kita juga perlu memperdalamkan Ilmu agama kita dengan ikhlas dan istiqamah. Orang yang berilmu jauh lebih tinggi dari orang yang beramal tanpa ilmu yang hakiki.
Selain daripada itu, kita perlu menjaga sunnah-sunnah Rasullullah saw dalam kehidupan seharian dimana juga kita berada. Untuk stamina berjaga malam sambil beribadah, kita juga digalakkan menjaga fizikal – kesihatan kita dengan beriadah dan menjaga makanan sebagai sumber tenaga. Allah Hu 'Alam
0 comments:
Post a Comment